Pemakanan

Written by Administrator.

FUNGSI

Pegawai Zat Makanan Daerah adalah pegawai teknikal dalam bidang pemakanan yang bertanggung jawab dalam merancang, membangun dan mengurus Program Pemakanan di peringkat daerah. Beliau adalah Ketua Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Pegawai Zat Makanan ditempatkan di Klinik Kesihatan Bagan Serai dan bertanggungjawab kepada Pegawai Kesihatan Daerah Kerian.

Tugas dan Tanggungawab beliau antara lain;

Perancangan dan Pembangunan Pemakanan

•          Hala Tuju dan Pembangunan Program

–        Menentukan hala tuju Program Pemakanan di peringkat daerah berdasarkan hala tuju dan pembangunan Program Pemakanan peringkat negeri.

–        Mengenal pasti masalah pemakanan masyarakat di daerah mengikut keutamaan.

–        Menyedia, melaksana dan memantau Pelan Tindakan Pemakanan Daerah.

–        Merancang pelaksanaan program-program yang bersesuaian, bagi menangani masalah pemakanan yang khusus di daerah.

•          Pengawasan Pemakanan

–        Mengurus dan menyelenggara satu Sistem Pengawasan Pemakanan Daerah.

–        Menyedia dan mengemaskini profail pemakanan daerah.

–        Memantau kemajuan status pemakanan masyarakat di peringkat daerah mengikut klinik kesihatan dan klinik masyarakat.

Pengurusan Program Pemakanan

Mengenal pasti keperluan dan punca perolehan sumber untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemakanan samada dari Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri Pejabat atau agensi-agensi lain.

•          Memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesananan aktiviti pemakanan melalui reten, kajian dan maklum balas.

•          Melapor status pemakanan masyarakat, berdasarkan reten yang diperolehi dari peringkat klinik kesihatan dan klinik desa ke Jabatan Kesihatan Negeri.

•          Mengenal pasti keperluan dan punca perolehan sumber untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemakanan samada dari Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri Pejabat atau agensi-agensi lain.

•          Memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesananan aktiviti pemakanan melalui reten, kajian dan maklum balas.

•          Melapor status pemakanan masyarakat, berdasarkan reten yang diperolehi dari peringkat klinik kesihatan dan klinik desa ke Jabatan Kesihatan Negeri.

•          Menilai pencapaian sebenar Program Pemakanan mengikut Perjanjian Program dan Spesifikasi Output yang telah ditetapkan di peringkat Negeri, mengenalpasti penyebab sekiranya sasaran tidak tercapai, dan membuat laporan kepada Pegawai Kesihatan Daerah.

•          Menjalankan tugas-tugas penyeliaan teknikal/audit di klinik kesihatan bagi memastikan :

•          Teknik yang betul digunakan semasa pengumpulan data pemakanan.

•          Peralatan antropometri diselenggara dengan baik.

•          Data pemakanan direkod dan ditafsir dengan betul.

•          Rekod dan reten pemakanan diselenggara dengan baik.

•          Kes-kes yang perlu diberi bantuan bagi meningkatkan taraf pemakanan (seperti bakul makanan dan garam beriodin) diurus mengikut garis panduan.

Promosi dan Pendidikan Pemakanan

Merancang, menyelaras, dan menjalankan aktiviti promosi pemakanan di peringkat daerah sama ada secara “community-based” atau “clinic-based”, termasuk:

–        Promosi Penyusuan Susu Ibu

•          Inisiatif Hospital Rakan Bayi/Klinik Rakan Bayi

•          Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

–        Promosi pemakanan bayi dan kanak-kanak, termasuk pendidikan mengenai pelengkap

–        Promosi Makan Secara Sihat

•          Bulan Pemakanan

•          Pasaraya Sihat

•          Katering Sihat

•          Kafeteria Sihat

–        Projek Dapur Sihat Masyarakat

–        Promosi pemakanan di sekolah

–        Advokasi "Nutrition Labelling

•          Bekerjasama dalam mengelolakan aktiviti promosi pemakanan yang dijalankan, samada intra atau inter unit/agensi.

•          Menyelaras penilaian dalaman dan menguruskan penilaian Insiatif Hospital Rakan Bayi.

•          Menjalankan pemantauan Tata Etika Produk Susu Formula Bayi dan membuat laporan ke peringkat negeri.

Pemulihan Pemakanan

•          Melaksana program/aktiviti pemulihan pemakanan berikut :

–        Kekurangan makronutrien (PEM)

•          Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan

–        Kekurangan mikronutrien

•          Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan lodin

•          Program Kawalan dan Pencegahan Ibu Anemia

•          Program Kawalan dan Pencegahan Kekurangan Asid Folik

•          Program Kawalan dan Pencegahan Kekurangan Vitamin A

–        Kelebihan pemakanan

•          Program Pencegahan dan Kawalan Obesiti

–        Penyakit berkaitan pemakanan

Perkhidmatan Pemakanan

•          Memberi khidmat pemakanan di peringkat klinik kesihatan dan komuniti/institusi.

–                    Klinik Kesihatan

•          Mengendalikan Klinik Pemakanan termasuk :

•          Menjalankan saringan pemakanan

•          Memberi nasihat pemakanan

•          Mencadang modifikasi diet pelanggan

•          Merujuk dan menerima rujukan daripada FMS/M&HO/MA/SN

–        Komuniti / institusi

•          Memberi khidmat nasihat bagi perancangan dan penilaian aktiviti pemakanan di peringkat komuniti/institusi termasuk perancangan menu, demonstrasi masakan, pengubahsuaian resepi dan pemilihan makanan secara sihat, ditempat-tempat tertentu, contohnya kawasan kediaman, pejabat, kilang, kantin / kefetaria, Taska / Tadika, sekolah, rumah kebajikan dan penjara.

Latihan

•          Merancang, melaksana dan menilai latihan pemakanan untuk anggota kesihatan di peringkat daerah.

•          Bekerjasama dengan agensi lain dalam menjalankan latihan pemakanan.

•          Memastikan Garis Panduan Pemakanan dan Standard Operating Procedures dipatuhi dan digunakan oleh anggota kesihatan.

Kajian dan Penyelidikan

•          Menjalankan kajian/penyelidikan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan taraf pemakanan masyarakat di peringkat daerah.

Nasihat Teknikal

•          Memberi nasihat teknikal berkaitan pemakanan kepada pegawai-pegawai peringkat daerah dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Kesihatan Awam.

•          Memberi perkhidmatan konsultansi/runding cara dalam bidang khusus seperti:

–        Pengurusan dan Promosi Penyusuan Susu Ibu (BFHI, Klinik Rakan Bayi)

–        Pemulihan dan pencegahan dalam kekurangan makro dan mikronutrien

–        Pengurusan berat badan

–        Garis Panduan Pemakanan dan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI)

•          Menganggotai dan memberi nasihat teknikal kepada jawatankuasa berkaitan pemakanan.

•          Menjadi penilai kebangsaan bagi Program Inisiatif Hospital / Klinik Rakan Bayi.

Inisiatif Kualiti

•          Merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti inisiatif kualiti bagi program pemakanan di peringkat daerah.

Pembelajaran dan Pendidikan Berterusan (Continous Professional Development)

•          Mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang pemakanan dan bidang-bidang yang berkaitan.

    • Setakat ini belum ada Tender/sebut harga dikeluarkan
    • Projek naik Taraf Klinik Desa kampung Dew diuruskan oleh bahagian Pembangunan KKM
  • Khas untuk Kementerian Kesihatan Malaysia yang ingin mengadakan kursus di Premis kerajaan

    Lagi...

Pautan Organisasi KKM

Pautan Info Kesihatan

Paparan Terbaik

Paparan Terbaik Menggunakan
dengan Resolusi : 1024 x 768