Pemeriksaan Kesihatan Pengendali Makanan Bazar Ramadan 1433

Written by Administrator.

PEMERIKSAAN KESIHATAN PENGENDALI  MAKANAN

BAZAR RAMADHAN 1433 / ( ١٤٣٣ رمضان)

 

 

PENGENALAN

  • Pengendali makanan di Bazaar Ramadhan adalah individu yang mula terlibat dalam penyediaan makanan. Pengendali makanan juga dapat menentukan makanan yang disedia dan dihidangkan adalah bersih dan selamat untuk dimakan oleh para pembeli supaya makanan yang dibeli tidak mempunyai sebarang unsur pencemaran yang merbahaya kepada status kesihatan pengguna.

DATA PENTADBIRAN

 

  • Aktiviti: Pemeriksaan Kesihatan Dan Suntikan Typhim (TY2) bagi Pengendali Makanan di Bazaar Ramadhan 1433 Hijrah ( ١٤٣٣ رمضان)
  • Tarikh: 2 JULAI 2012 – 4 JULAI 2012
  • Tempat: Bertempat di Dewan Seri Kerian Parit Buntar , Perak
  • Tujuan: Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peniaga betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dan keselamatan makanan agar pembeli tidak berasa sangsi untuk membeli makanan daripada mereka.

Pemeriksaan kesihatan dan suntikan Typhim bagi pengendali makanan bazar Ramadhan ini adalah aktiviti wajib yang dijalankan pada setiap tahun dengan kerjasama Majlis Daerah Kerian dan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian sebelum tibanya bulan Ramadhan. Para pengendali makanan ini wajib menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan Typhim bagi mengurangkan risiko tersebarnya penyakit Demam Kepialu (Typhoid Fever) yang berkemungkinan tersebar dari mereka.

OBJEKTIF UMUM

  • Memberi kesedaran tentang kepentingan kebersihan dalam pengendalian makanan
  • Mengelakkan pencemaran makanan yang menyebabkan penyakit berjangkit bawaan makanan dan air seperti demam kepialu (Typhoid Fever)  dan keracunan makanan

OBJEKTIF KHUSUS

  • Peserta dapat memahami elemen-elemen penting kebersihan makanan
  • Peserta dapat memahami cara mengelak dan mengawal pencemaran
  • Memberi kefahaman terhadap undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kebersihan Premis Makanan
  • Peserta memahami kesalahan-kesalahan yang kerap kali dilakukan oleh pengusaha atau pengandali makanan
  • Mengeluarkan sijil yang sah bagi tujuan perlesenan.
  • Memastikan Premis Makanan dapat diurus dengan baik
  • Mengurangkan risiko kejadian penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan.

 

PENGLIBATAN

SENARAI ANGGOTA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KERIAN YANG TERLIBAT

Bil

Nama

Jawatan

1

Mohd Idris bin Abu Bakar

PPKP

2

Vinoth

PPKP

3

Puan Nariya

PT Kanan

4

Mohd Faizal bin Mat Nasir

PKA

5

Fauziah binti Mat Rashid

PA

6

Ezwan bin Zakaria

PA

7

Mohd Faris bin Abdul Majid

PA

8

Pelatih PPKP (UiTM)

3 orang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

02/07/2012

Bil

Nama

Jawatan

Tempat Bertugas

1

Siti Fazliza binti Mohd Bahari

Jururawat Gred U29

KK Bagan Serai

2

Mohamad Sahrun bin

Mohamad Khalid

Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

KK Bagan Serai

3

Rosidah binti Kamis

Jururawat Masyarakat Gred U19

KK Bagan Serai

4

Zainiza binti Awang

Jururawat Gred U29

KK Alor Pongsu

5

Siti Sarah binti Jalaluddin

Jururawat Masyarakat Gred U19

KK Alor Pongsu

 

03/07/2012

Bil

Nama

Jawatan

Tempat Bertugas

1

Radiah binti Muhammad

Jururawat Gred U29

KK Parit Buntar

2

Noorliza binti Yusoff

Jururawat Masyarakat Gred U19

KK Parit Buntar

3

Norahiza binti Abdul Rahim

Jururawat Gred U29

KK Kedai Empat

4

Norbaizura binti Mohd Meiden

Jururawat Masyarakat Gred U19

KK Kedai Empat

5

Mohd Arip bin Zakaria

Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

KK Kedai Empat

 

04/07/2012

Bil

Nama

Jawatan

Tempat Bertugas

1

Siti Patimah binti Jaman

Jururawat Gred U29

KK Gunung Semanggol

2

Ilias binti Muhammad

Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

KK Gunung Semanggol

3

Noreha binti Hassan

Jururawat Masyarakat Gred U24

KK Gunung Semanggol

4

Haniza binti Md Rodi

Jururawat Gred U29

KK Teluk Medan

5

Marhaida binti Mustapha

Jururawat Masyarakat Gred U24

KK Teluk Medan

 

 

 

 

 

 

 

PANDUAN KEBERSIHAN DIRI PENGENDALI MAKANAN PERATURAN 33, PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

Pengendali makanan adalah merupakan di antara penyumbang utama pencemaran makanan.Oleh itu, pengendali makanan hendaklah  mengekalkan kebersihan diri agar  keselamatan dan kualiti makanan terjamin kepada masyarakat.

Keperluan Kebersihan Diri

Pengendali makanan semasa mengendali, menyediakan, membungkus, membawa, menyimpan,mempamer dan menghidangkan makanan hendaklah memastikan perkara berikut:

  1. Basuh tangan sebelum memulakan kerja, selepas menggunakan tandas,selepas kendali bahan mentah atau bahan tercemar.
  2. Rambut mestilah kemas dan memakai penutup kepala.
  3. Kuku hendaklah dalam keadaan pendek dan bersih.
  4. Tidak memakai perhiasan diri seperti jam tangan,gelang, cincin dan lain-lain.
  5. Dilarang mengisi apa-apa barang di dalam poket pakaian termasuk apron.
  6. Sentiasa menjaga kebersihan diri.
  7. Menanggalkan baju luar, apron, penutup kepala atau sebelum ke tandas dan setiap kali keluar dari kawasan pemprosesan makanan.
  8. Tidak menyebabkan pencemaran makanan contoh: bersin, batuk, meludah, menggaru
  9. Tidak merokok

10.   Misai dan janggut dikemas rapi

 

PANDUAN UNTUK MAKANAN YANG SELAMAT

 

  • Jaga Kebersihan

 

ü  Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan

ü  Basuh tangan anda selepas keluar dari tandas.

ü  Cuci dengan bersih peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.

ü  Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.

 

Sebab: Kebanyakan bacteria tidak menyebabkan penyakit, namun bakteria merbahaya tersebar luas pada tanah, air, haiwan dan manusia.Bakteria tersebut boleh disebarkan melalui  tangan, kain pengelap dan perkakas dapur terutamanya pada papan pemotong.Jika makanan dan bakteria bersentuhan ia boleh menyebabkan makanan tercemar dan mengakibatkan keracunan makanan.

 

  • Asingkan Makanan Mentah Dari Makanan Yang Sudah Dimasak

 

ü  Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging, dan makanan laut daripada yang telah dimasak.

ü  Gunakan perkakas dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan  makanan yang mentah.

ü  Simpan makanan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.

 

Sebab: Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air lelehannya mengandungi bakteria merbahaya yang boleh mencemarkan makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.

 

  • Masak Dengan Cara Yang Betul

 

ü  Pastikan makanan yang dimasak dengan sempurna sepenuhnya, terutamanya daging, hasil ayam telur dan makanan laut.

ü  Masak makanan berkuah dan sup sehingga mendidih. Bagi daging dan hasil ayam, pastikan air rebusannya kelihatan jernih dan bukan bewarna merah jambu

ü  Makanan yang hendak dipanaskan semula perlu dimasak dengan sempurna.

 

Sebab: Memasak makanan dengan sempurna dapat membunuh semua bakteria merbahaya. Pastikan  makanan seperti burger daging kisar, ayam panggang dan bahagian tertentu daging telah masak sepenuhnya sebelum dimakan.

 

  • Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat

 

ü  Jangan letak makanan lebih 2 jam pada suhu bilik.

ü   Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk (simpan makanan pada suhu di bawah 5°C

ü  Kekalkan suhu makanan yang telah di masak lebih daripada 60ºC sebelum dihidangkan

ü  Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan terlalu lama dala peti sejuk melebihi 3 hari

ü  Jangan biarkan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik.

 

Sebab: Pada suhu bilik, bakteria boleh membiak dengan cepat. Pertumbuhan bakteria akan berkurangan atau terhenti pada suhu di bawah 5°C atau lebih 60ºC. Namun begitu, terdapat beberapa jenis bakteria yang masih boleh hidup di bawah suhu 5°C.

  • Gunakan Air Dan Bahan Mentah Yang Selamat

 

ü  Gunakan air yang bersih atau telah dirawat agar ianya selamat untuk digunakan.

ü  Pilih bahan makanan mentah yang segar dan selamat dimakan

ü  Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu, terutamanya jika dimakan mentah.

ü  Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya.

 

  • Sebab: Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan-bahan kimia merbahaya. Bahan toksik boleh terhasil pada makanan yang berkulat dann rosak. Pilih bahan mentah dengan berhati-hati.Amalkan langkah-langkah mudah seperti membasuh dan mengupas kulit buah-buahan jika hendak dimakan terus bagi mengurangkan pencemaran makanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

  • Penjualan makanan di Bazar Ramadhan merupakan tempat utama di mana para pengunjung boleh memperolehi makanan pada bulan Ramadhan bagi juadah berbuka puasa. Oleh hal demikian pihak  penggendali makanan di Bazar Ramadhan tidak boleh mengabaikan kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan berdasarkan kriteria dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini bertujuan bagi membolehkan pelanggan mendapat apa yang dihajati dan berpuas hati dengan adanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mengenyangkan  seperti yang telah  diperuntukkan di dalam Akta  Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

 

  • Seperti yang kita sedia maklum, kebersihan adalah perkara yang sangat mustahak dalam penyediaan dan penyajian makanan. Dengan adanya aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan dan suntikan Vaksin Typhim (Anti-Tifoid) kepada  penggendali makanan di Bazar Ramadhan yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kerian dengan kerjasama Unit Inspektorat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kerian ini ianya akan dapat mencegah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh makanan dan air seperti demam kepialu di kalangan pengendali makanan. Ianya akan dapat mempraktikkan amalan kebersihan diri, menjaga kebersihan premis atau tempat penyediaan makanan seperti menjaga kebersihan peralatan memasak dan menghidang. Secara tidak langsung, pengendali makanan di bazaar Ramadhan akan dapat mempraktikan dan menjalankan tanggungjawab mereka dalam menyediakan makanan yang bersih dan sihat kepada pelanggan dan bukannya hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG 3 HARI PEMERIKSAAN

 

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kerian bersedia menunggu ketibaan pengunjung yang mahu berdaftar pemeriksaan kesihatan dan suntikan Typhim

Para pengunjung  sedang menunggu  giliran dan mendengar taklimat berkaitan

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Teknologi Makanan  Cik Foo Tze Yin

Pendaftaran premis makanan dengan pengisian borang KKM-PPKM dibantu oleh Para pelatih PPKP UiTM bertugas di kaunter

Agihan risalah keselamatan dan kebersihan makanan kepada pengunjungyangmenunggu giliranuntuk membuat pembayaran suntikan Typhim

Salah seorang pengendali makanan di Bazar Ramadhan yang mendapatkan yang mendapatkan suntikan Typhim

    • Setakat ini belum ada Tender/sebut harga dikeluarkan
    • Projek naik Taraf Klinik Desa kampung Dew diuruskan oleh bahagian Pembangunan KKM
  • Khas untuk Kementerian Kesihatan Malaysia yang ingin mengadakan kursus di Premis kerajaan

    Lagi...

Pautan Organisasi KKM

Pautan Info Kesihatan

Paparan Terbaik

Paparan Terbaik Menggunakan
dengan Resolusi : 1024 x 768